Suria Elektra Hambar


Artis-artis yang menjayakan Suria Elektra. (aku.saya.gua@wordpress)

Tidak seperti yang diharapkan - itulah pandangan peribadiku setelah selesai menonton konsert yang dikatakan gah sempena dengan sambutan ulangtahun Suria yang ke-10, serta pelancaran logo terbaru stesyen tv Melayu Mediacorp tersebut, semalam.

Walaupun kehadiran Perdana Menteri Lee Hsien Loong “merancakkan” lagi suasana majlis, namun, konsert yang diwar-warkan sebagai yang terbaik di antara yang terbaik begitu hambar dan amat membosankan.

Penampilan istimewa penghibur tempatan seperti juara Anugerah Sarah Aqilah, idola-idola Singapura Taufik Batisah serta Hady Mirza, dan tidak lupa Anang dan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza, tidak sedikitpun membuat aku terpaku di depan kaca tv.

Mungkin kerana lagu-lagu yang dipersembahkan tidak menepati citarasa seperti yang diharapkan. Sorakan para penonton di studio juga hambar. Begitu ketara sambutannya jika dibandingkan dengan konsert Muzika Extravaganza 1 (usahasama Mediacorp dan RTM) yang sempat aku tonton di studio yang turut menampilkan Siti dan Taufik dulu.

"Aura" Taufik belum pudar... (aku.saya.gua@wordpress.com)

Di antara banyak persembahan yang ditampilkan semalam, hanya segmen bersama Ramli Sarip dan Eiss yang berjaya menarik perhatianku. Ternyata abang Ramli masih berbisa! Tarikan vokal Eiss pun cukup power dan bertenaga!

Lagu duet yang dipersembahkan Anang dan Sarah Aqilah cukup romantis, dan mereka ternyata mempunyai chemistry dalam persembahan mereka. Itulah “kelebihan” seorang duda dan janda idaman Nusantara agaknya! Ooops..!

Sebut saja nama Dato’ Siti Nurhaliza, satu panggung teater Caldecott bergegar dengan sorakan. Hinggakan aku yang menonton di tv pun dapat rasakan “gegaran” itu melalui sistem hi-fi yang dimainkan semasa menonton konsert tersebut.

Lagu “Batasku Asaku” serta medley “Bukan Cinta Biasa” dan “Destinasi Cinta” tidak terlalu “menyengat” untuk dipersembahkan dalam konsert khas seperti Elektra, walaupun vokal diva kesayangan ramai itu cukup memukau serta penampilannya yang sentiasa indah di pandang mata. No matter what, Siti tetap hebat!

Hos Najip Ali dan Nurul Aini, seperti yang dijangkakan, berjaya menghidupkan suasana majlis dan mereka tampak sesuai bila digandingkan bersama pada malam tersebut.

Secara rumusan, Suria Elektra berjaya membariskan artis popular tanahair dalam satu konsert istimewa, namun, ia belum cukup “gah” untuk dinobatkan sebagai konsert terbaik yang pernah dihasilkan stesyen televisyen tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s