‘No Pork, No Lard” tak semestinya “Halal”


Tak semestinya "Halal"... Gambar: Internet (aku.saya.gua@wordpress)

Encik Shahlan Hairalah, konsultan Utama dan Ketua Pegawai Eksekutif Sahl International, yang juga mantan ketua Jabatan Halal, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), menekankan bahawa tanda “No Pork, No Lard” yang tertera di kebanyakan gerai makanan bukan Islam tidak semestinya halal dan boleh mengelirukan pembeli.

Laporan yang disiarkan di Berita Minggu bertarikh 13 Disember tersebut juga berpendapat, terdapat ramai orang Islam di negara kita yang keliru dengan tanda atau istilah tersebut, dan menyangka bahawa makanan yang dijual adalah halal.

“Tanda-tanda sedemikian tidak menjamin yang tiada daging atau lemak binatang lain digunakan. Sekiranya daging atau lemak ayam, lembu atau kambing digunakan, adakah ia dari binatang sembelihan yang boleh diterima mengikut hukum syarak? Jika tidak, ia dianggap najis,” ujar Encik Shahlan dalam laporan tersebut.

Sebab utama mengapa tanda “No Pork, No Lard” yang tertera di kebanyakan gerai bukan Islam sebenarnya mempunyai tujuan lain. Antaranya, ramai pembeli bukan Islam ingin menjauhkan makanan yang mengandungi babi dan minyak lemak babi atas sebab-sebab kesihatan. Ada juga yang ingin mengelak dari jangkitan kuman seperti virus Nipah. Kepercayaan (agama) individu juga adalah antara sebabnya.

Jadi, usalah kita keliru dengan tanda “No Pork, No Lard” tersebut. Sungguhpun begitu, jangan pula kita menuduh pegerai cuba ingin menipu. Mereka tidak pernah mengatakan bahawa makanan yang dihidangkan oleh mereka sebagai “halal”.

Apa yang mereka ingin nyatakan adalah lurus dan terang: makanan yang mereka sediakan tiada mengandungi babi dan lemak babi. Itu saja. Susunan: aku.saya.gua

4 comments on “‘No Pork, No Lard” tak semestinya “Halal”

    • Orang Melayu kita memang nak kena se-pel-ling baru boleh paham… kalau tak, masakan Menteri Yaacob Ibrahim ngah fening kepala dgn masalah pincang dlm masyarakat kita… soal makanan halal pun nak kena kasi tau jugak… haiiz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s