
Siti Nurhaliza di Esplanade pada 1 Jan, sementara sambutan jubli perak Ramlah pada Feb depan... (aku.saya.gua@wordpress)
Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan buat anda yang sudi mengunjungi blog ini. Tak sangka pulak laman ini telah dikunjungi lebih 400 pengunjung semenjak ia dilancarkan pada bulan lalu.
Yang lebih hebat, kisah “Cinta Adam & Hawa” aku merupakan entry yang paling popular setakat ini. Ada jugak manusia di luar sana yang teringin nak tau pasal kisah cinta aku, ye? Terharu pun ada, gabra pun ada jugak. Takut pulak nanti ada yang tak boleh terima kenyataan… haha.
Takpelah. Kita tinggalkan dulu kisah cinta Nas & hawa-hawanya buat seketika. Takut terlalu carried away sampai lupa tujuan sebenar aku berkarya di sini. Ye la, mana tau ada pulak nanti tohmahan yang mengatakan aku ni riak semacam semenjak blog dah bertambah fofuler. Cewah. Masuk bakul angkat sendiri. Jangan marah, eh? =)
Lebih kurang 3 minggu lagi, kita akan menyambut tahun baru. 2010. Cantik nombor. Banyak aktiviti yang dijangka berlaku pada tahun dua puluh sepuluh nanti. Tapi itu semua masih dalam perancangan. Tak perlulah aku umumkan dulu. Takut tak menjadi. Jangan ada yang sangka pulak aku akan tamatkan zaman solo aku pada tahun depan eh. Itu semua umpama mimpi dalam mimpi. Karut. Ahakz.
Selain tahun baru aku nanti aku akan sambut bersama Siti Nurhaliza, bulan Februari dan seterusnya akan lebih padat lagi. Ada perancangan nak jumpa beberapa artis popular untuk assignment Berita Harian. Bagaimanapun, sama ada “menjadi” ataupun tidak, itu kena tunggu pengurusan dari artis terbabit. Aku cuma merancang, Tuhan juga yang menjadi penentunya.
Dalam pada itu, ada jugak suara-suara yang menyuarakan pendapat agar aku membukukan karya-karya aku dari blog terdahulu untuk tatapan orang ramai. Bagus cadangan mereka, tapi aku masih berlum bersedia. Rasanya, tak perlulah dibukukan. Aku bukan Kris Dayanti. Ataupun Lee Kuan Yew. Untuk apa semua itu?
Aku menulis di blog kerana nak luahkan isi hati serta berkongsi pengalaman dengan pengunjung. Bukan nak cari publisiti murahan. Kalau nak tulis buku, dari dulu aku dah mulakan. Bukan sekarang, ataupun adaptasi dari blog terdahulu. Cukuplah korang baca melalui internet. Itupun dah cukup bagus. Selamatkan bumi. Tak perlu tebang pokok untuk cetak karya aku. Hehe.
Apapun, terima kasih lah aku ucapkan buat mereka-mereka yang bagi cadangan mulia macam tu. Tak salah untuk bagi cadangan. Yang penting, aku harus nilaikan sama ada ia berbaloi ataupun sebaliknya jika cadangan korang tu diberi perhatian yang teramat serius. Nevertheless, your suggestions are appreciated.
On a side note, aku sempat kirim sms kat pelakon tempatan kita, Rahimah Yusof, beberapa hari yang lalu untuk “usik sinis”. Dia sekarang makin jambu… pinggang ramping macam kerengga. Hehe.
Dan satu lagi berita hangat tentang seorang lagi pelakon hebat yang sempat aku usik baru-baru ini melalui sms. Akhirnya dia mengaku jugak yang dia kini sedang hangat bercinta. Gua tabik sama lu, ah, sis… Really.

