BH [29 Oktober 11]: Mastura Sedia Kuak Sayap


Mahu cuba nasib di luar negara

BUKANNYA mudah menyelami hati Mastura Ahmad sungguhpun beliau senang diajak berbual selain sifat peramahnya yang disukai ramai.

Gayanya yang bersahaja bersama Khairudin Samsudin ketika mengacarakan K-Nite, rancangan hiburan yang berunsurkan humor, berjaya menyembunyikan perasaan kecewanya sepanjang bergelumang dalam dunia hiburan setempat selama 17 tahun.

Foto Ikhsan: Thamrin

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik wajah ceria dan sendagurau bekas Pelakon Wanita Terbaik Pesta Perdana 2001 dan 2002 itu terpalit perasaan gundah yang mencengkam jiwa. 

Kata orang, hidup ini ibarat putaran roda. Begitu juga lautan yang ada pasang surutnya. 

Persoalan yang berlegar di ruang minda, benarkah sudah tiba masanya bagi wanita berusia 40-an tahun ini mengundurkan diri daripada dunia lakonan bagi memberi laluan kepada pendatang baru?

Ketika diajukan soalan ini, penulis terkedu seketika apabila melihat wajah riang Mastura tiba-tiba lenyap daripada pandangan.

‘Sebenarnya, saya terkilan dan sedih dengan situasi yang berlaku pada hari ini. Saya rasa dunia lakonan kita sudah semakin sempit.

‘Mata pencarian saya seolah-olah telah disekat oleh pihak-pihak tertentu yang pilih kasih dalam produksi mereka.

‘Jika ini berterusan, sukarlah bagi saya sebagai seorang pelakon sepenuh masa,’ luah Mastura kepada penulis baru-baru ini.

Walaupun sudah lama melibatkan diri dalam arena teater, lakonan dan pengacaraan, beliau akur perkara ini pasti akan berlaku suatu hari nanti.

Namun, itu tidak mematahkan semangat ibu empat anak ini terus memberikan yang terbaik dalam apa juga watak yang dibawakannya.

Menyentuh tentang drama Cut Amirah, sebuah produksi terbitan dua negara, Malaysia dan Singapura, yang kini ditayangkan di saluran Suria, Mastura berasakan watak seorang ibu yang dilakonkannya tidak begitu mencabar seperti apa yang dijangkakan beliau sebelum penggambaran bermula. 

Malah, Mastura akui tidak ‘berpuas hati’ dengan peranan yang diberikan kepadanya. 

Menurut beliau lagi, sebagai seorang pelakon yang berkaliber dan berpengalaman, beliau sangat mengharapkan watak yang dibawakannya dalam drama itu lebih progresif.

Namun begitu, beliau tetap menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik, selain kerjasama yang tidak berbelah-bagi kepada penerbit dan pengarah selama menjalani proses penggambaran di Singapura, Malaysia dan Aceh tidak lama dulu.

‘Walaupun hampa, saya tetap berusaha menghabiskan penggambaran dengan memberi komitmen 100 peratus mengikut apa yang dikehendaki penerbit dan pengarah.

‘Apa yang penting bagi saya adalah mutu lakonan,’ ujar beliau yang cuba menutupi perasaan kecewanya.

Keinginan beliau untuk terus bekerjasama dengan produksi tempatan masih lagi menebal dalam jiwanya, namun Mastura sebenarnya sudah lama bersedia melebarkan sayap ke luar negara‚ sebagai nuansa baru dalam memperkembangkan kerjaya beliau sebagai pelakon drama dan teater.

Kini, sudah tiba masanya Mastura mengorak langkah seterusnya dalam bidang seni dalam mengejar impiannya bekerja di bawah produksi dan pengarah dari Malaysia.

Menurutnya lagi, untuk menuju ke arah itu, beliau sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan artis yang telah bertapak di seberang Tambak.

‘Saya akur bukan mudah menempa nama di Malaysia, apatah lagi mereka sendiri sudah mempunyai nama-nama besar dalam dunia lakonan dan teater. Tetapi itu bukan bermakna saya tidak boleh diberikan peluang mencuba nasib di negara orang,’ ujar beliau, penuh mengharap.

Sebagai langkah permulaan mencipta nama di negara jiran, Mastura baru sahaja selesai dengan pementasan teater Anjing Untuk Diplomat yang berlangsung di Dewan Pustaka dan Bahasa, Kuala Lumpur, tadi malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s