Bergenang air mata setiap kali Asma Allah dendangan suara merdu Sami Yusuf bergema di cuping telinga. Bukan hanya rasa syahdu di bulan suci Ramadan, tetapi air mata ini tidak pernah gagal mengalir dan membasahi pipi pada bulan-bulan yang lain. Mengapa?
Teringat aku semasa menjejakkan kaki di dunia hakiki buat pertama kalinya di rumah Allah - kota suci Mekah Al-Mukarramah.
Tahun 2008 memang meninggalkan kesan yang mendalam. Pelbagai pengalaman. Pelbagai cabaran. Diberi kesempatan oleh Allah menyaksikan betapa agungnya kuasa yang dimilikiNya. Subhanallah.
Dalam kita mencari ketenangan di dunia, kita juga diingatkan untuk mempersiapkan diri menghadapiNya suatu hari nanti. Cukupkah bekal amalan kita? Pahala kita? Gentar. Risau. Itulah yang kita rasakan setiap kali kita teringat akan janji-janji Allah yang disampaikan melalui RasulNya.
Alhamdulillah, aku mensyukuri nikmat yang diberikan olehNya. Hanya Dia yang memahami apa yang aku rasa selama ini. Yang baik, mahupun sebaliknya.
Dalam senyum kita ketawa, dalam tangis kita gembira dan dalam syahdu kepadaNya kita mengadu. Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.
Insya-Allah.

Betul bang naser. Tersentuh sgt..:)
Asmaul Husna dendangan CT pun ok gak. Syahdu..
Yg pasti nama Allah diagung2 kn!;)