Pengalaman menakjubkan yang berlaku di Jabal Nur yang aku ceritakan baru-baru ini ternyata menarik perhatian pengunjung. Syukur pada ALLAH. Mudah-mudahan, kisah tersebut mengajar kita erti pengorbanan yang dilakukan oleh Siti Khadijah r.a. buat Nabi Muhammad s.a.w.. Wallahu’aklam.
Kisah berikut ini pula masih berlaku di kawasan Jabal Nur, lebih tepat lagi dekat Gua Hira – tempat di mana Baginda Rasulullah s.a.w. menerima wahyu pertama dari ALLAH s.w.t. menerusi malaikat Jibrail a.s…
Sebelum aku menunaikan solat sunat dua raka’at di dalam gua tersebut, aku “didatangi” seekor kucing yang berwarna putih. Bulunya amat bersih. Seperti baru dimandikan. Mukanya comel. Tidak comot langsung.


